::. Welcome To My Blog .::

Monday, May 28, 2012

Terus Segar dalam Ingatan

Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi SAW,para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Lama tak tengok rumah ni, dah bersawang habuk dan semak. Malas nak main tekan-tekan dirumah ni sebenarnya tetiba petang ni rajin nak main tekan-tekan. Sejak cuti sem ni ada keja baru sebagai driver kak long dari duduk menghadap segi empat yang kadang-kadang memualkan mata dan tekak dengan gelagat manusia. Semoga kita semua dibawah rahmatNYA. :)

Tadi balik rumah tok(nenek) acu balik dari kl, lama sangat rancang semalam baru jadi balik, kesian tok dok tunggu anak bongsu tak balik-balik busy no kejenye.. :P Masa jalan p rumah tok lepaih parking qeta kak ina panggil dia kata lama xnampak, tanya hilang p mana, tak p mana pun dok ada kot ni lagi...ehehehe. kita try loghat utagha sat no..

Dalam dok sembang tu dia tanya mak berapa bulan dah tak da, kira punya kira ada 9 bulan lepas tu dia bagitau pasal mak.

Kak ina: Bertuah mak dia tak dak bulan posa, hari jumaat pulak. alhamdulillah suami redha isteri solehah dia p, semua orang mintak nak p macam dia tapi kita tak tau kita nak p macam mana,kubuq kat mana.
Ssm: Alhamdulillah, tu cara dia,cara kita xtau lg.
Kak ina: la nie baru kak tau rasa macam mana kehilangan orang tersayang, kak baru hilang anak menakan(anak buah), dia eksiden.
Ssm: nak buat macam mana, kita nak halang tak boleh redha yang kita boleh buat. Masa petang mak koma esok tu abah dah pesan kat kami(sy dan adik beradik lain) apa pun jadi kat mak kena redha.
Kak ina: Sebenaqnya semua terletak kat iman kita,cara didikan mak abah pada anak-anak. Betul cara didikan insyaallah anak-anak boleh terima.
Ssm: insyaallah, mak pun kat sana macam tidoq.
Kak ina: Allahuakhbar, kita tah macam mana kan. (diam seketika)
Ssm: Kita doa bagi habis umuq sama macam mak.(hanya mampu tersenyum)
Kak ina: Apa yang kak  tau mak dulu dia tak suka simpan dalam hati apa yang dia rasa dia cakap, hampa nak terasa ka nak apa ka pandai-pandai hampa. ambik lah pikiaq.
Ssm: (tersenyum) mak memang macam tu, nasib semua faham dia.
......

Allah walaupun mak dah pergi 9bulan, setiap kali jumpa kawan-kawan mak topik wajib adalah pasal mak. Walaupun mak dah tak da didunia ni tapi mak tetap hidup dalam hati kami semua. Semoga mak tenang disana :)

Sunday, May 13, 2012

Anugerah yang Tiada Ganti

Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw,para sahabat dan keluarga baginda.

Minggu-minggu akhir bagi semester 1, banyak menguji kesabaran dan ketahanan diri. Pelbagai cabaran yang ditempuh, semoga Allah memberi kesabaran kepada diri ini. Walaupun peperiksaan akhir 4 hari berlalu tapi saya masih disini(hostel) menyiapkan kerja akhir bagi subjek Introduction to Drawing, Allah 1 cabaran buat diri ini. Saya bukan seorang yang pandai melukis mewarna mungkin boleh tapi guna pensil kaler yang menjadi masalah dunia sekarang nie....eh? bukan masalah saya je ke? ok abaikan masalah sesiapa pun..ehehe yang menjadi masalah sekarang adalah saya tak pandai mewarna menggunakan kaler air. Tapi saya percaya Allah akan mudahkan urusan saya. Amin.

Ramai yang post di FB(FaceBook) menyambut hari ibu adalah haram -uai-, dan saya percaya anak-anak diluar sana menyambut hari ibu bukan sahaja dibulan may malah pada bulan kelahiran ibu sendiri. Saya selalu sambut hari ibu pada hari kelahiran mak saya 4.6, saya akan kumpul duit belanja mak saya kek,makan dan kalau ada lebih saya beli hadiah. Alhamdulillah saya sempat lakukan semua itu walaupun hanya 3 kali dan tahun ini tiada lagi kek yang diatasnya tertulis "selamat hari jadi mak, kami sayang mak" dan tiada lagi senyuman mak dikala melihat kek pada hari jadi.

Hari ni bila saya bukak fb banyak post tentang selamat hari ibu, ramai yang mengucapkan hari ibu dan saya juga tidak terkecuali tapi hanya doa sebagai ucapan untuk mak tersayang. Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang tiada ganti yang Allah bagikan pada saya walaupun hanya sempat berkasih sayang selama 21 tahun tapi saya sangat bersyukur sempat mendapat belaian dan kasih sayang mak. Mak adik sayang mak selamanya!

Selamat hari ibu mak, aman dan damailah mak disana. Adik disini sentiasa doakan mak disana.

Tiada lagi air tangan ibu tercinta.....
* ibu adalah antara keajaiban dunia dan nikmat terindah buat insan
IBUMU, IBUMU, IBUMU...
* Kepada yang masih ada ibu, kuatkah kalian saat menatap wajah ibu buat kali terakhir nanti... sebelum jasad bertemu pusara... hanya iman menampung air mata


Di ambil dari Fb Fedtri Yahya. Saya telah kehilangan semua itu.

Gambar ini akan terus diulang dan diulang. Mak tak suka tangkap gambar.



You(mak) are number one for me.

Selamat hari ibu kepada semua ibu diluar sana. :)
Wassalam.

Friday, May 11, 2012

Tarikh itu Kembali!

Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Terima kasih buat semua atas ucapan doa pada saya, hari nie 11.5.2012 bertambah lagi satu angka dihujung.
Pelbagai dugaan,halangan dan cubaan yang telah dihadapi dan akan terus dihadapi selagi nyawa dikandung badan. Syukran jazilan,terima kasih,xie xie,kamsahamida atas ucapan dan doa dari kalian sahabat, akan ku ingati sepanjang zaman.

Tahun ni adalah tahun pertama menyambut hari lahir tanpa ibu yang telah melahirkan diri ini, terima kasih mak! sebab mengandungkan adik,melahirkan,memberi susu dan menjaga adik dari sebesar dua jari hingga boleh berdiri berdikari, hanya Allah yang dapat membalas setiap pengorbanan mak.

Boleh dikatakan setiap tahun saya mesti sambut hari jadi dalam dewan peperiksaan, alhamdulillah tahun ni tak sebab kertas akhir saya 10.5.2012 jadi boleh tidur dalam senyuman. Tak payah nak hafal fakta dan menghadap buku, hehehe..

Terima kasih semua atas ucapan dan doa dari kalian sama ada di facebook,fon,live(depan2) saya sangat menghargai ucapan dan doa kalian. Saya sayang awak semua kerana ALLAH! ♥ ♥ ;)

Credit to: Kak ida!

Jazakaallah kasiran kasira.
Wassalam.

Sunday, May 6, 2012

Sebuah Harapan

Terkadang aku tersungkur jatuh menyembah bumi,
Mengharap sepasang tangan menarik diri ini,
bangun dan berdiri,
Tetapi,
Tiada satu pasang tangan yang sudi,
Yang ada hanya sepasang mata yang memandang,

Aku gagahkan diri berdiri,
Tetapi aku masih jatuh tersungkur lagi
Dan aku cuba untuk berdiri lagi, 
Aku tetap jatuh hingga tiada daya,
Apakah nasib diri ini
Tiada sepasang tangan yang sudi menolong,

Wajah yang ditampar lembut oleh bayu,
Dan aku tersedar ketika itu,
Aku tidak perlukan sepasang tangan,
Tapi aku hanya perlukan DIA,
DIA adalah Tuhan segala alam,
Hanya pada DIA aku harus meminta pertolongan,
Dan hanya DIA yang lebih layak memberi "sepasang tangan"
Untuk terus aku bangun berdiri,
Berjalan dan berlari,
Percayalah dan yakinlah dengan DIA.



Syifaa Zakaria
12.59 am
6.5.2012



Saturday, May 5, 2012

Bintaufiq Wannajah!

Assalamualaikum Wbt..
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw,para sahabat baginda dan ahli keluarga baginda.

Cepat masa berlalu hari nie dah 5.5.2012 tinggal berapa hari lagi final exam akan menampakkan diri dan sudah 9 bulan mak pergi. Semoga redha Allah sentiasa bersama mak. :)

Salam Imtihan kepada semua, semoga kejayaan milik kita dan ingatlah kejayaan tidak akan dapat bergolek. Tanpa usaha yang dilakukan tiada juga kejayaan yang dapat dikecapi, yakinlah dengan Allah setiap usaha ada ganjarannya. =)


Good Luck to all! ;)
wassalam.

Saturday, April 7, 2012

Dalam Terpaksa Aku Memaksa

Assalamualaikum Wbt.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah. Para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Setelah 8 bulan berlalu selepas pemergian mak tercinta,baru diri ini diberi kekuatan untuk mencoret cerita tentang mak tercinta di dalam blog ini. Maaf mungkin ada lagi dikalangan sahabat-sahabat saya yang belum tahu ibu saya telah tiada. Mak saya meninggal dunia pada tanggal 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432, hari jumaat pada pukul 10.10 minit pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Mak saya disahkan menghidap penyakit Kansel Darah atau dalam bahasa perubatan  Lymphoma boleh tekan di perkataan lymphoma untuk keterangan tentang penyakit ini.

Mak menghembuskan nafas terakhir dihadapan saya dan abah, ketika itu hanya mampu dilakukan hanya menangis dan menangis. Apa yang terpikir ketika itu hanya aku dah tak ada mak,aku tak sempat balas jasa dan pengorbanan mak, aku tak sempat tunaikan impian aku untuk menghantar mak dan abah ke mekah dengan hasil titik peluh ku sendiri. Aku tak sempat! Allah..Allah. Ketika itu hanya abah menjadi penguat semangat ini, abah memeluk erat tika kami menghadapi saat itu, saat mak ku pergi menghadap pencipta sebenar. Saat yang saya tak nak berhadapan tapi sebagai manusia kita tidak dapat menahan, orang yang kita sayang akhirnya pergi juga.

Selepas 5 minit pemergian mak, kelihatan kak long keluar dari lif bersama alia,abang cik dan abang long(abang ipar saya). Saya terduduk sayu kini bermulalah saat mengitung detik-detik yang akan berlalu dan detik perpisahan yang tak akan ada pertemuan lagi. Terus kak long menerpa dan bertanya mak macam mana, hanya air mata menjadi jawapan tika itu. "Kita dah tak mak kak long, kita dah tak mak, cik(abang cik), maisara dah tak dak atok"  hanya itu saja yang mampu dikata. Abah terus menarik diri ini dalam dakapan memberi secebis kekuatan walaupun pada sebenarnya dia juga merasa seperti anak bongsunya ini.

"abah kalau kita tak paksa mak masuk wad mesti mak ada lagi kan"
"kita terpaksa memaksa mak adik, tak kan kita nak tengok mak lemah macam tu. mak dah tenang kat sana, redha mak pergi na"
Ayat itu yang keluar tika mak telah pergi, ketika kami melangkah keluar dari icu dan ayat itu juga yang saya utarakan ketika ibu telah selamat dikebumikan. Pada pukul 11 pagi sebuah kotak besi ditolak keluar dari icu dimana tempat mak menghembuskan nafas terakhir, tiada soalan tapi ada jawapan. Siapa lagi kalau bukan mak didalam kotak besi itu, ketika mak masuk hospital diri ini juga yang menolak mak masuk bersama kerusi roda dan ketika mak pulang juga ditolak bersama kotak besi dan diri ini juga yang menolak kotak besi itu.

Ya Allah berilah kekuatan pada diri ini untuk memberi bakti terakhir untuk ibu ku, hanya itu doa dipohon pada Allah tika berada didalam van jenazah untuk pulang ke rumah. Ketika sampai rumah ku sudah dipenuhi dengan kenalan dan sahabat handai abah dan mak, terdengar surah yasin dibaca dari dalam rumah dan kelihatan jiran-jiran sibuk memotong bunga untuk ditabur didalam kain kapan mak nanti. "Adakah aku bermimpi? tidak! aku tidak bermimpi mak aku dah tak dak!" terasa langkah kaki ini seperti memijak angin terasa tiada kekuatan untuk meneruskan langkah tika mak dibaringkan diatas katil,ruang tengah rumah ditempat selalu mak tidur  dan menonton tv dan ruang itu juga menjadi tempat terakhir mak berbaring.

Alhamdulillah 6.15 petang mak selamat disemadikan di tanah perkuburan Taman Rahmat, Jitra. Tika itu hanya air mata menjadi pengiring kerana diri ini sedar sekejap lagi tiada lagi wajah mak, walaupun mak tak berkata tika terbaring kaku sekurang-kurangnya diri ini dapat menghilangkan rasa rindu ini dengan menatap wajah bersih itu tapi sekejap lagi akan ku gagahkan langkahan kaki untuk meninggalkan mak berseorangan disini dan aku tidak akan dapat menatap lagi wajah itu. Mak adik rindu mak! adik sayang mak! adik redha, kita semua milik Allah satu hari nanti adik pun akan ikut mak tapi ketika ini adik tak mampu menahan air mata ini dari terus mengalir. Allah, berhentilah air mata jangan kau terus mengalir, berhentilah.

"adik nah duit, bawak kak long beli lauk. tak lama dah nak berbuka"
"abah suh abang ka abang cik ka p beli boleh dak?"
"depa p beli cawan, malam ni ada tahlil kat rumah kita"
Diri ini kuatkan juga langkahan kaki ke bazar ramadhan berdekatan rumah, tika berselisih dengan kawan-kawan dan sahabat mak abah hanya ucapan takziah yang keluar dari baik kata-kata mereka. Diri ini hanya mampu memberi senyuman sebagai tanda terima kasih, diri ini tidak terasa lapar apatah dahaga hanya berbuka untuk mengalas perut dan kita memang kena berbuka.

"ramai kawan-kawan abah kata, anak-anak abah kuat,sabaq, tak teriak masa mandikan mak(saya dan kak long), masa simpan mak(abang dan abang cik)"
Hanya senyuman menjadi ganti diri ini, saya sendiri tidak tahu datang dari mana kekuatan itu setitis air mata tidak jatuh ketika memandikan mak dan tidak terasa hendak menangis. Ketika itu saya terasa seperti mandikan mak ketika saya mandikan mak dihospital sebelum ini, selepas selesai mengapankan mak baru terasa ada seperti air mengalir dan sampai sekarang masih terasa sejuknya dahi mak dan masih terbayang senyuman mak buat kali terakhir untuk semua.

Selamat tinggal ibuku, tiada lagi pertemuan didunia untuk kita. Insyaallah akan ada pertemuan antara kita diakhirat kelak. Adik akan terus merindui dan cintakan mak selamanya.

wassalam.

Dalam Kenangan
1957 - 2011


p/s: akan membuat entry tentang hari pertama mak masuk wad dan hari terakhir mak berada diwad. Juga pada bulan 2 2011 ketika kami(sy dan abah) terpaksa berkomplot untuk membawa mak ke KMC(Kedah Medical Central) untuk membuat medical checkup.

Saturday, December 17, 2011

Game?

Apa kebaikan yang kita dapat dari game?
Banyak kebaikan dari game yang kita boleh ambil dan pratikkan didunia realiti.

Contoh Game:
Farmville ajar kita bagaimana kita nak menyusun dan mengatur keadaan kebun agar menjadi teratur dan memudahkan kerja kita menggutip buah-buahan bila dah masak, macam tu juga jadual harian kita bagaimana kita mengatur dan menyusun jadual harian agar tidak ada yang tertindih dan tertinggal.

Zuma mengajar kita bertindak cepat dan cepat berfikir, walaupun dalam keadaan cepat kita mesti cepat bertindak dan mengawal agar bola warna itu tidak ditelan. macam tu juga dalam kehidupan seharian kita, kita kena cepat bertindak, berfikir dan dalam masa yang sama kita kena bersabar dalam menyelesaikan masalah agar masalah itu tidak "menelan" kita pula.

Monopoli/Jutaria mengajar kita bagaimana kita menjadi pengurus kewangan yang bijak, bagaimana cara kita menggunakan wang agar kita tidak muflis dan terus menjadi kaya dengan wang dan aset yang menjadi hak kita. Kemahiran menjadi pengurus kewangan dalam game ini boleh dijadikan sebagai kerjaya kita didalam kehidupan kita, bagaimana kita menguruskan wang kita, kemana keluar wang itu, apa yang kita belanjakan dan bagaimana kita menyimpan wang itu agar kita tidak "muflis" kemudian hari.



Angry Bird mengajar kita bagaimana bekerjasama dalam pasukan, kekuatan pasukan boleh menjadi kekuatan yg sangat luar biasa hingga tiada siapa dapat menewaskan kekuatan itu, kata-kata semangat antara ahli pasukan boleh mengbangkitkan semangat yang ada dan terus berjuang hingga berjaya. Dan kita harus menjadi seperti Angry Bird berkerjasama dan saling bantu membantu dalam meneruskan perjuangan dan memberi kata-kata semangat bukan saling menjatuhkan sesama sendiri, jika sikap saling jatuh sesama sendiri berlaku didalam pasukan mesti pasukan itu jatuh. Sebagai umat islam nilai itu yang perlu kita terapkan didalam diri agar ISLAM terus bangun dan melangkah berlawan dengan musuh islam..

Pelbagai kebaikan yang ada didalam game tapi sebenarnya semuanya atas kita sama ada sedar atau tak dengan kebaikan itu dan ia juga tergantung kepada kita sama ada untuk menggunakan dalam kehidupan seharian atau tidak, atau hanya sekadar main dan terus main tanpa mengambil sebagai kebaikan dan pengajaran.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...